Mendengarkan celoteh Dr. Fazilah Kamsah maka teringat saya kepada satu hadith yang saya pernah baca yang mana Rasullullah S.A.W. " Tidak akan terputus rezeki seseorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kedua-dua penerangan ini:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepadakedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah S.W.T.
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru, dan mereka-mereka yang banyak menolong kita.
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.
Rezeki itu bukan kerana disebabkan seseorang itu ada sijil tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa untuk ibu dan bapa kita. Sijil itu merupakan penyebab kepada kejayaan tersebut jika tidak dizinkan Allah S.W.T maka kita tidak akan memperolehi cita-cita yang kita harapkan.
Wallahualam